Istimewa Untukmu Abah

aku tibetibe teringat kat abah aku
daripada abah sihat sampai la jatuh sakit 
daripada aku hidup senang 
sampai la aku rasa hidup susah
selama ni aku enjoy dengan duit 
sekarang aku yang kene carik duit sediri


korang patut bangga sebab ayah korang boleh kerja
carik duit untuk bagi belanja kat korang . 
boleh sara korang . 
tapi aku ? 
duit yuran pengajian pon kene carik sendiri
dua bulan cuti sem aku peruntukkan untuk carik duit yuran
kerja siang malam untuk membiayai pengajian aku


bagi orang lain, cuti 2 bulan yang panjang tuh
balik kampung and pergi holiday bersama-sama family 
bukan kerja and duduk jauh dari keluarga 
tapi korang ingat aku nak sangat ke keje ??
duduk jauh dari family
tak dapat nak luangkan masa untuk diorang
kalau abah aku tak sakit , aku takkan susahsusah buat semua ni
nak tahu apa terjadi kat abah aku ?
KLIK SINI


aku pikir aku nak berhenti je belajar 
aku nak carik keje, nak carik duit
nak tolong family aku
tapi mak ayah aku nak sangat aku berjaya 
dapatkan diploma .
aku tak sampai hati 
tapi aku kesian tengok mak aku 
kene bayar semua perbelanjaan rumah
dengan mengharapkan duit daripada bantuan felda
SUMPAH aku menyesal sebab banyak habiskan duit yang abah bagi dulu
jalan sini, jalan sana . 

"ala ... apa kisah , duit mak bapak aku banyak ! ayah aku kan kontraktor, buat 1 rumah dah beribu ribu .bulan-bulan aku dapat duit belanja . setakat RM50 tuh takde hal la "
tapi pernah ke aku pikir betapa susahnya ayah aku nak carik duit 
berpeluh-peluh kerja kat tengah panas
ingat aku kat sana belajar, tapi pergi enjoy dengan hasil titik peluh die
kalau die tau, bayangkan betapa die kecewa . 
sekarang baru aku tahu betapa susah nak carik duit
penat tak payah cerita la kan
baru aku sedar betapa besarnya pengorbanan abah


minggu lepas mak aku call kata abah dah rindu sangat kat aku
dah 5 bulan aku tak balik kampung
abah asyik suruh abang aku bawak die pergi penang
sedih gile aku dengar
aku bukan taknak balik, tapi aku tak dapat cuti . 
tapi harituh aku dapat cuti, 
aku balik kampung 4 hari , 
aku nampak kegembiraan terpancar kat muka abah
lepas gak rindu kat anak-anak


sempena hari bapa ni,
akak nak ucapkan selamat hari bapa kat abah
terima kasih yang tak terhingga atas segala pengorbananmu
mendidik aku menjadi manusia yang berguna seperti sekarang !
terima kasih abah !!!





























Post a Comment

Hello Readers !
Comment elokelok oke .
loveyouu !

0 1 komen kawankawan:

Post a Comment

Hello Readers !
Comment elokelok oke .
loveyouu !