Bapak Mertuaku Jual Sate
merepekmeraban oleh Someone membebel pada 10:07 PM 1 1 komen kawankawan
Harta Aku , Harta Aku ... Harta Kau , Harta Aku !
merepekmeraban oleh Someone membebel pada 1:15 AM 2 1 komen kawankawan
asyiknyer die comolot kat parking :DD
lalu kat tempat parking kete .
ade 1 kete nieyy dari jauh ,
perghhh ! baik punye comolot dengan awek die dalam kete
choyyy !
aku dok tengah lari tuh , tibetibe larian aku jadi slow motion .
hakhak !
kat parking kete pon jadi nak buat projek .
sejuk sangat kot ! sampai awek die nak CPR
* alamak ! rugi tak amek video tadih , dah alangalang rezeki kan . huahuahua :DD
merepekmeraban oleh Someone membebel pada 1:12 AM 2 1 komen kawankawan
"kisah bilik terakhir di penjara pudu"
inilah "bilik terakhir" di penjara pudu |
Pudu Kuala Lumpur di suatu ketika dulu. ..
Sebelum Penjara Pudu ditutup dulu pernah diceritakan
bahawa terdapat satu bilik dipanggil 'Bilik Terakhir'.
Dibilik inilah seringnya berlaku kejadian
pelik sejak Penjara Pudu ditutup. Dinamakan 'BILIK
TERAKHIR ' adalah kerana dulu ia merupakan bilik
kediaman terkahir bagi si pesalah jenayah berat
sebelum menjalani hukuman gantung sampai mati
. Di BILIK TERAKHIR inilah pesalah dikatakan akan
meratap,menangis, menjerit, bercakap seorang diri
dan berbagai lagi perlakuan kerana menyesali
kesalahan mereka yang lalu. Mereka menjadi begitu
kerana dikatakan tidak kuat semangat menghadapi
maut keesokan harinya yang telah diketahui mereka.
Menurut kata warden-warden yang masih ada di
Penjara Pudu sewaktu proses pengosongan Penjara
Pudu dijalankan, mereka sering terdengar suara-suara
sayu meminta tolong, suara orang menangis dan
bermacam-macam lagi dari Bilik Terakhir tesebut. Tak
kurang juga ada diantara warden yang terlihat seekor
kambing hitam sering masuk menembusi pintu bilik itu
tanpa dibuka dan kemudian tidak pula kelihatan
kambing keluar semula. Ramai bomoh dan pawang
yang dipanggil bagi memulihkan bilik tersebut
mengatakan bahawa suara-suara yang sering
kedengaran diwaktu malam dari Bilik Terakhir itu
adalah akibat roh-roh pesalah yang mati ditali gantung
tersebut tidak tenteram kerana mati mereka ditali
gantung. Nak dijadikan cerita pada suatu malam
Jumaat ketika hujan renyai-renyai seorang warden
telah ditugaskan mengawal kawasan yang
berhampiran dengan 'Bilik Terakhir' itu. Ketika sedang
berkawal kira-kira lebih kurang pukul 01:00 pagi beliau
terdengar seperti tapak kaki sedang berlari-lari
berhampiran bilik tersebut. Ia cuba beranikan diri
untuk untuk melihat apakah bendanya itu.Sedang ia
mengamat-amati maka terlihatlah dalam kesamaran
seekor kambing hitam sedang menuju kearah Bilik
Terakhir itu lalu lesap begitu saja. Ia berasa harian
bagaimana seekor kambing boleh ada dikawasan itu?
Oleh kerana ingin tahu ia beranikan juga diri
menghampiri Bilik Terakhir itu. Alangkah
terperanjatnya mendapati pintu bilik itu telah bertukar
menjadi pintu gua. Mulalah ia berasa gementar, seram
serta menggigil ketakutan namun diberanikan juga diri
memasuki pintu gua yang samar-samar itu sambil
meninjau- ninjau didalamnya jika terlihat akan
kambing tadi. Apabila apabila sampai je kedalam gua
tersebut alangkah terperanjatnya ia bila didapati
banyak harta karun dalamnya. Ia cuba mengambil
harta itu tetapi tiba-tiba hilang dari pandangan lalu
menjelmalah satu lembaga yang mengerikan seraya
berkata, 'Heyyyyyy manusiaaa. Jangan awak sentuh
harta itu. Hartaaaa itu bukan kauuu yang punyaaaa ' '
Ahmaaaaaad Albab yang punyaaaaaa ' Ha Ha Ha Ha
Ha ' Yaaaaaaa, Ahmaaaaadd Albab yang punyaaaaaa
... ' hehehehehee........ ......... ..... time kaseh coz
dengan kusyuknya korang baca........
p/s:- aku pun terkena...so apa salahnya aku foward kat korang...
huah...huah... huah... huahhhhhhhhhhh :DD
merepekmeraban oleh Someone membebel pada 1:47 PM 6 1 komen kawankawan
ini boleh , ini tak boleh , abis ape yang boleh ? boleh blah ! :DD
org tuatua kito pada zaman dulu mmg banyak pantang larang eh.. itu tak boleh, ini tak boleh .. semuo eh ado alasan yg munasabah & x munasabah.. ado yg cakap pantang larang tu sumo me'boban an.. botol ke? tp, ado yo pantang larang yg masih diamalkan... jom discuss sket.. *mak aih , speaking lak nenek haa ... wakaka !
Pantang larang orang Melayu tradisional merupakan kepercayaan masyarakat melayu zaman lampau berkaitan dengan adat dan budaya nenek moyang. Kebanyakan pantang larang diturunkan secara lisan turun kemurun. Pantang larang orang tua-tua bertujuan untuk mendidik masyarakat, khususnya generasi muda agar dapat membawa kepada penerapan nilai-nilai baik yang boleh diamalkan di dalam kehidupan. * nenek copy paste kek wikipedia yo ni ... hakhak ! :DD
contoh pantang larang orang dulu-dulu
Pantang larang yang direka-reka | Sebenarnya |
---|---|
Jangan memukul, mendera atau mencederakan mana-mana binatang, dikhuatiri anak yang bakal lahir mengalami kecacatan. | Bagi mengelakkan penganiayaan kepada haiwan. |
Jangan mencaci atau menceritakan kecacatan, dikhuatiri anak yang bakal lahir juga akan cacat. | Agar menjaga pertuturan agar tidak melukakan hati orang lain. |
Jangan bergaduh dengan ibu mentua, dikhuatiri mengalami kesulitan ketika melahirkan anak | Bagi menjaga kenteteraman keluarga, terutamanya apabila tinggal bersama mertua selepas melahirkan anak. |
Jangan melihat gerhana, dikhuatiri anak mendapat tompok hitam atau bermata juling. | Melihat matahari sewaktu gerhana mampu menyebabkan mata menjadi buta. |
Ibu hamil tidak boleh melintas bawah ampaian, nanti anak gagap. | Disebabkan penyidai biasa rendah, dikhuatiri ibu hamil akan tersendung dan jatuh, dan boleh membahayakan kandungan |
Dilarang (orang lelaki) kencing atas busut, dikatakan buruk kemaluan | Untuk mengelakkan lelaki berkenaan ditegur makhluk halus ataupun penunggu busut berkenaan |
Jangan duduk di atas bantal kerana dipercayai boleh naik bisul | Supaya menjaga bantal daripada dipecah atau dikoyak, dan tidak sopan kalau perkakas yang digunakan untuk melapik kepala diletakkan di bawah punggung |
Jangan bergendang dalam rumah, nanti harta habis dicuri oleh orang | Larangan ini untuk mengelakkan bising di rumah, tambahan lagi bergendang (dengan mengetuk lantai rumah yang dibuat dari papan) boleh merosakkan barang-barang yang bergantung di dinding yang boleh jatuh dan pecah. |
Jangan menjahit pada waktu senja, nanti mata engkau akan buta | (a) Untuk menjaga kesihatan mata supaya tidak menjadi kabur dan rosak (b) mengelakkan jarum daripada tercucuk tangan |
Kalau makan nasi kena habiskan... kalau tidak nasi akan menangis | ini untuk mengelakkan berlakunya pembaziran |
Anak dara jangan menyanyi di dapur, nanti kahwin dengan orang tua. | untuk mengelak masakan hangus kerana leka menyanyi. |
contoh pantang larang lain
Pantang Larang Di dalam Hutan
- Dilarang bercakap besar ketika di hutan, nanti mendapat bencana.
- Jika terdengar sahutan, jangan dijawab, dikhuatiri suara hantu.
- Jangan mengambil batu atau benda ganjil di hutan, takut berpenunggu.
- Dilarang menegur sesuatu yang aneh atau ganjil dihutan, nanti dirasuk atau dapat malang.
Pantang Larang Kanak-Kanak
- Dilarang duduk atas bantal, nanti punggung terkena bisul.
- Tak boleh memotong kuku waktu malam, nanti pendek umur.
- Dilarang bersiul dalam rumah, nanti ular masuk.
- Makan kepala ikan, nanti menjadi *****.
- Dilarang mengangkat kaki ketika meniarap, nanti emak mati.
- Tak boleh menunjuk pelangi, nanti jari kudung.
- Hempedal ayam tak boleh dimakan, nanti susah bersunat.
Pantang Larang Ketika Duduk
- Tak boleh duduk atas bantal, nanti dapat bisul.
- Tak boleh menggoyang kaki, nanti tak lepas hutang.
- Tak boleh duduk di beranda tangga, nanti payah rezeki.
- Tak boleh duduk atas lesung, nanti berkudis dubur.
Pantang Larang Ketika Makan
- Makan pedal ayam, akan mengantuk ketika bersanding.
- Makan tidak basuh pinggan, nanti lambat dapat menantu.
- Makan sisa anak, anak akan degil.
- Tidur selepas makan, nanti perut buncit.
- Bila makan, pinggan tak boleh diletak atas riba, nanti suami diambil orang.
- Jangan makan nasi di senduk, nanti payah rezeki.
- Makan bertindih pinggan, akan beristeri dua.
- Makan dalam belanga, dapat anak rupa hodoh.
- Makan berlunjur,akan jadi pemalas.
- Makan mencangkung, payah dapat rezeki.
Pantang Larang Ke Atas Lelaki
- Dilarang kencing atas busut, dikatakan buruk kemaluan.
- Dilarang mengintai orang mandi, nanti mata ketumbit.
- Kalau tidak tahan berpanas, nanti tunang dilarikan orang.
Pantang Larang Ke Atas Perempuan
- Dilarang menyanyi di dapur, nanti kahwin orang tua.
- Dilarang menjahit di badan, nanti tidak lepas hutang.
- Dilarang memakan leher ayam, nanti leher terkulai di pelamin.
- Pantang bangun lewat, nanti sukar mendapat jodoh.
- Dilarang makan nasi kerak, nanti mendapat anak *****.
- Dilarang mencari kutu ditangga, nanti kahwin orang tua.
- Dilarang mencucuk jarum pada waktu malam, nanti didatangi ****.
- Dilarang bercermin di depan cermin retak, nanti wajah pucat di malam pertama.
- Pantang berbual di tangga, nanti dipinang orang di serambi rumah sahaja.
- Dilarang makan bertindih pinggan, nanti menjadi madu orang.
- Tak boleh menyapu nasi pada waktu malam, nanti pendek rezeki.
- Dilarang mengerat kuku waktu malam, nanti datang ****.
- Dilarang makan berubah tempat, nanti berkahwin ramai.
- Dilarang meletak pinggan di tapak tangan ketika makan, dikhuatiri nanti akan merampas suami orang.
ni yo yang nenek dapek senarai an ... timo kasih la yo bagi nenek tulis entry kek blog ko niey . nenek suko ! :DD kalau ado yang terbaru , nenek akan update next time .
*ok time kasih la ye nenek timah sebab sudi gitau kat follower2 aku pasal pantang larang . bukan men hebat lagi die speaking . haha ! :DD
bagi aku , semua ini adalah untuk kebaikan . yela , adat orang melayu penuh berbudi bahasa dan tunjukkan kesopanan . so diorang buat la pantang larang yang mengarut ngarut ini untuk elakkan kite buat dan rasa takut untuk buat . betul tak ? bile nenek moyang kite tak buat macam niey , ilang la sopan dan budi bahasa orang melayu sampai sekarang . kalau tak , takde la cogan kata "budi bahasa budaya kita" cewahhhh !
tapi sejauh mana kebenaran pantang larang ni...?? masih boleh diguna pakai ke zaman skang ni..??
fikir-fikirkan dan selamat beramal (:
merepekmeraban oleh Someone membebel pada 2:58 AM 0 1 komen kawankawan
anda ISLAM ? sila BACE :DD
Senarai barang yang mengandungi unsur Babi
SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI LEMAK ****
> 1. Minyak Masak LAM SOON ( Cap Helang & Buruh )
> 2. Ubat Pearl Cream Arche ( Thailand )
> 3. Ajinomoto ( Thailand )
> 4. Ais Krim Harga RM1.00 ke atas
> 5. Semua tauhu buatan Orang Cina
> 6. Sabun LUX & Lotion Badan Buatan Malaysia , USA , & Thailand
> 7. Sabun FAB berbuku
> 8. Lobak Jeruk
> 9. Mee & Kueteow basah ( buatan Cina)
> 10. Krim Muka Hazeline Snow
SENARAI BARANG YG MENGANDUNGI ( KULIT ****, URI & BINATANG YANG TIDAK HALAL)
> 1. Semua Jenis Serbuk Mee Segera Terutama Maggi
> 2. Pucuk , Kulit Popia, Fish Cake & Bebola Ikan buatan Orang Cina
> 3. Daging Burger Import
> 4.. Sardin, Kari Ayam dlm tin & Yong Taufu buatan Orang Cina
> 5. Kasut Bola Jenis ‘ Gold Cup’
> 6. Berus Gigi Jenis ‘ Reach’
> 7. Mee Kering ( sanggol ) 15.Mee Rebus Tulang&Kiub Perasa Ayam
> 8. Semua sabun mandi yang diimport
> 9. Ajinomoto kecuali keluaran Kilang Lot 5710 Jalan Kuchai Lama KL
> 10. Semua jenis shampoo kecuali keluaran Orang Islam
> 11. Have Pearl Cream
> 12. Ramuan Kentucky Fried Chicken & Mc Donald
> 13. Ubat Kurap buatan Org Cina
> 14.. Beehon Segera Siam
> 16. Sabun Mandi Yang Berminyak
SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI GELATIN ( LEMAK **** DAN BINATANG TIDAK HALAL )
> 1. Bosset Wine Gum
> 2. Dairy Milk Coklat
> 3. Coklat Cadbury/ Chewing Gum
> 4. Sugus Strawberry
> 5. Passer Doily Mixture
> 6. Trebo Mint Chewing Gum/ Peppermint
> 7. Scothes Vikmin
> 8. Share Extra Atrenght
> 9. Black Current Jelly
> 10. Royal Gulaman & Decart Oranges
> 11. Valvis Gelatin
> 12. Sarung Kapsul Ubat
> 13. Ais Krim dalam bekas plastik
> 14. Gula-gula Fruities
> 15 Cake Mets Vilber Punch
> 16 Coklat Cake
> 17 Tepung Kastard Lady’s Choice
> 18 Semua jenis Jelly
> 19 Semua jenis gincu bibir
> 20 Keseluruhan Jenis Sheisedo
> 21 Lady’s Choice Jelly
> SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI ALKOHOL UNSUR-UNSURNYA
> 1 BARANGAN AVON KESELURUHANNYA
> 2 PEWANGI KETIAK TERUTAMA JENAMA VITALIS & CONCORD
> 3 MINYAK RAMBUT BRYLCREAM ( HIJAU )
> 4 RACUN SERANGGA JENIS SPRAY SEPERTI SHELTOX, BAYGON & MORTIN
> 5 SELURUH UBAT BATUK JENIS SIRAP
> 6 KESELURUHAN BALL PEN DAKWAT KERING
> 7 TONIK BAYI GRAPE WATER, TONIK WATERBERRY COMPOUND
Kami dalam keresahan memohon ampun dan maaf terlewat memberutahu perkara di atas. Pastikan Pakaian anda tidak terkena bahan-bahan diatas terutama pakaian sembahyang. TOLONG CETAK DAN EDARKAN RISALAH INI KPD SEMUA SAUDARA ISLAM KITA.
Confirm – Pringles Potato Chips – tidak HALAL !!
AMARAN OLEH KERAJAAN M’SIA BERHATI-HATI SEBELUM MAKAN!
mak aihhh ! bukan men banyak lagihhh ....
nak ikutkan dah banyak aku telan makanan-makanan dalam senarai nieyyy .
baru ko nak gitau aku ....
abis camne nieyyy ???
takkan lak aku nak muntah balik .
ape-ape pon aku just nak share bende ni kat korang
supaya lebih berhati-hati .
*p/s : MENCARI YANG HALAL ITU ADALAH FARDHU BAGI UMAT ISLAM !
merepekmeraban oleh Someone membebel pada 1:53 AM 0 1 komen kawankawan
gediks gediks dapat coklat !
ni la coklatnyer .... tapi aku pelik , macam mane die tau aku suka hazel nut ?? hurmmm pelikpelik |
merepekmeraban oleh Someone membebel pada 1:03 AM 1 1 komen kawankawan
Akhirnya , Kini Pasti .......
muka ada senyum .... (:
hurmmm hati aku dah lega sedikit .
aku harap die akan lepaskan aku .
aku dah lame nak kebebasan ini .
kepada kawankawan , doakan hubungan aku ngn bf aku kekal dan aku dapat buat keputusan yang terbaek dengan tunang aku untuk berpisah secara elok .
*P/S : tengs sangatsangat kepada kawankawan yang banyak nasihat, semangat n dorongan serta bg pandangan kat aku terutama budak rumah n zulkarnain :DD
merepekmeraban oleh Someone membebel pada 12:20 AM 0 1 komen kawankawan
saya dalam dilema ~
camni kot muke aku kalau stress :DD |
merepekmeraban oleh Someone membebel pada 2:48 AM 6 1 komen kawankawan
Rugi kalau korang tak bace :DD
i need ur help dear .
ungu ade masok contest .
"Contest Most Beautiful and Handsome of Affens !"
merepekmeraban oleh Someone membebel pada 11:58 PM 1 1 komen kawankawan
kisah aku , die , dan mamat hensem berbaju biru ~
*gambar hiasan :DD |
awww !~
bukan mamat di atas ini oke . huhu ! tapi,
ade seorang mamat kat jabatan perdagangan niey ,
wallaweh . hensem + cutemiut siot !!
OH TIDAK ! adakah aku sudah jatuh cinta pada pandangan yang ke-10 ???
dah beberapa kali aku perhatikan mamat niey .
aku tak tahu die perasan aku ke tak * perasan jep !
1st aku nampak die dekat kiosk usahawan beli air .
sampai tak berkelip mata aku memandangnya .
perhhhhh !
nak je aku g kat die, awak ... awak ... agak-agak bile kite boleh couple ?
ahaks ! gediks syial .....
n then tadih , aku teserempak dengan mamat cute tuh lagi
hari ni die pakai baju bewarna biru .
ehemehem !
saya memandangnya , dan die pon memandang saya .
wallaweh , ade RESPON di situ!
aku tengah dok syoksyok tengok die,
bubbb !
telanggar membe aku kat depan
aiseh ! malu doe .....
die nampak la pulak .....
ciss ! mane nak letak muke ...
mesti die bangga aku dok pandang die sampai terlanggar orang .
harituh dah jatuh longkang sebab tengok mamat hensem gak .
adoi ! nasibnasib . . .
tulah ! sape suruh ko hensem sangat !
tak pasal pasal aku masuk longkang .
tapi budak laki uh la gatai dok tenungtenung aku ,
aku mane boleh lau orang tenungtenung nih ,
hati akak cair dik ....
pastuh bukan nak tolong angkat aku ,
bantai dok gelakgelak .
gggrrr !
malang sungguh .........
tulah ! gatai lagi dok tengok mamat hensem .
PADAN LA MUKA ANG !
*p/s : bie , sorry sebab mata saya gatai dok tengok lelaki lain . saya tengok je . taknak pape pon ! janji ^___^
merepekmeraban oleh Someone membebel pada 5:01 PM 0 1 komen kawankawan
How does getting rewarded through sharing sounds like to you? Join #ChurpChurp today and bring more friends to the community!
merepekmeraban oleh Someone membebel pada 2:16 PM 0 1 komen kawankawan
RIMAS RIMAS aku RIMAS
lari . . lari . . lari . .
aku lari tinggalkan semua ini
untuk mencari cari cari ketenangan diri .
pergi . . pergi . . pergi . .
engkau pergi dari hidup ku ini
ku tak mahu mahu
engkau hadir dalam diri ini . .
ohhh MAMARAZZI !
ko ingat ko artis ke nyah !
sampai ade mamarazzi nak busy body hal ko !
tapi itu la KENYATAAN !
SUMPAH aku tak paham tahap CIPAN
dengan orang yang suka busy body ni !
eh HELLO !
awak jaga tepi kain awak je boleh tak ?
kenapa nak jaga tepi kain orang ???
kain awak KOYAK ke ???
sibuk hal dalam luar orang kenapa ?
hal luar dalam awak ,
awak taknak JAGA pulak !
ape yang awak dapat ???
emas ? duit ?
NOTHING kan !
dapat DOSE lagi ade .
biar la orang tuh nak buat apeape pon
sibuk je nak tahu .
EXCUSE ME ,
awak KETUA KAMPUNG ke ?
haha !
biasa la MANUSIA kan
dah namanya MANUSIA ,
macammacam perangai !
cemburu n dengki dengan kejayaan orang lain .
bukan nak usaha bila tengok orang berjaya
tapi nak dengki , iri hati , cemburu.
tuh yang sampai dapat PHD tuh !
cakap banyak pon tak guna .
orang macam ni susah nak cakap.
nasihat pon tak guna sebab die dah biasa macam tuh .
die elok kene campak kat sungai bagi BUAYA makan .
tu pon kalau buaya tu ade selera nak makan
haha !
merepekmeraban oleh Someone membebel pada 2:57 PM 2 1 komen kawankawan
saya rase nak sepak terajang oranggg ! ggggrrrrr
merepekmeraban oleh Someone membebel pada 3:52 PM 0 1 komen kawankawan