ini boleh , ini tak boleh , abis ape yang boleh ? boleh blah ! :DD




haaa .... ni nenek timah nak koba an kek sumo cucucucu yang ado kek sini . baco la yo petuo-petuo orang duludulu ni ha ... 
org tuatua kito pada zaman dulu mmg banyak pantang larang eh.. itu tak boleh, ini tak boleh .. semuo eh ado alasan yg munasabah & x munasabah.. ado yg cakap pantang larang tu sumo me'boban an.. botol ke? tp, ado yo pantang larang yg masih diamalkan... jom discuss sket.. *mak aih , speaking lak nenek haa ... wakaka !


1st apo itu pantang larang 
*macam nenek nak mengaja murid dalam kelas lak :DD


Pantang larang orang Melayu tradisional merupakan kepercayaan masyarakat melayu zaman lampau berkaitan dengan adat dan budaya nenek moyang. Kebanyakan pantang larang diturunkan secara lisan turun kemurun. Pantang larang orang tua-tua bertujuan untuk mendidik masyarakat, khususnya generasi muda agar dapat membawa kepada penerapan nilai-nilai baik yang boleh diamalkan di dalam kehidupan. * nenek copy paste kek wikipedia yo ni ... hakhak ! :DD


contoh pantang larang orang dulu-dulu


Pantang larang yang direka-rekaSebenarnya 
Jangan memukul, mendera atau mencederakan mana-mana binatang, dikhuatiri anak yang bakal lahir mengalami kecacatan.Bagi mengelakkan penganiayaan kepada haiwan.
Jangan mencaci atau menceritakan kecacatan, dikhuatiri anak yang bakal lahir juga akan cacat.Agar menjaga pertuturan agar tidak melukakan hati orang lain.
Jangan bergaduh dengan ibu mentua, dikhuatiri mengalami kesulitan ketika melahirkan anakBagi menjaga kenteteraman keluarga, terutamanya apabila tinggal bersama mertua selepas melahirkan anak.
Jangan melihat gerhana, dikhuatiri anak mendapat tompok hitam atau bermata juling.Melihat matahari sewaktu gerhana mampu menyebabkan mata menjadi buta.
Ibu hamil tidak boleh melintas bawah ampaian, nanti anak gagap.Disebabkan penyidai biasa rendah, dikhuatiri ibu hamil akan tersendung dan jatuh, dan boleh membahayakan kandungan
Dilarang (orang lelaki) kencing atas busut, dikatakan buruk kemaluanUntuk mengelakkan lelaki berkenaan ditegur makhluk halus ataupun penunggu busut berkenaan
Jangan duduk di atas bantal kerana dipercayai boleh naik bisulSupaya menjaga bantal daripada dipecah atau dikoyak, dan tidak sopan kalau perkakas yang digunakan untuk melapik kepala diletakkan di bawah punggung
Jangan bergendang dalam rumah, nanti harta habis dicuri oleh orangLarangan ini untuk mengelakkan bising di rumah, tambahan lagi bergendang (dengan mengetuk lantai rumah yang dibuat dari papan) boleh merosakkan barang-barang yang bergantung di dinding yang boleh jatuh dan pecah.
Jangan menjahit pada waktu senja, nanti mata engkau akan buta(a) Untuk menjaga kesihatan mata supaya tidak menjadi kabur dan rosak
(b) mengelakkan jarum daripada tercucuk tangan
Kalau makan nasi kena habiskan... kalau tidak nasi akan menangisini untuk mengelakkan berlakunya pembaziran
Anak dara jangan menyanyi di dapur, nanti kahwin dengan orang tua.untuk mengelak masakan hangus kerana leka menyanyi.



contoh pantang larang lain 
Pantang Larang Di dalam Hutan
- Dilarang bercakap besar ketika di hutan, nanti mendapat bencana.
- Jika terdengar sahutan, jangan dijawab, dikhuatiri suara hantu.
- Jangan mengambil batu atau benda ganjil di hutan, takut berpenunggu.
- Dilarang menegur sesuatu yang aneh atau ganjil dihutan, nanti dirasuk atau dapat malang.

Pantang Larang Kanak-Kanak
- Dilarang duduk atas bantal, nanti punggung terkena bisul.
- Tak boleh memotong kuku waktu malam, nanti pendek umur.
- Dilarang bersiul dalam rumah, nanti ular masuk.
- Makan kepala ikan, nanti menjadi *****.
- Dilarang mengangkat kaki ketika meniarap, nanti emak mati.
- Tak boleh menunjuk pelangi, nanti jari kudung.
- Hempedal ayam tak boleh dimakan, nanti susah bersunat.


Pantang Larang Ketika Duduk
- Tak boleh duduk atas bantal, nanti dapat bisul.
- Tak boleh menggoyang kaki, nanti tak lepas hutang.
- Tak boleh duduk di beranda tangga, nanti payah rezeki.
- Tak boleh duduk atas lesung, nanti berkudis dubur.

Pantang Larang Ketika Makan
- Makan pedal ayam, akan mengantuk ketika bersanding.
- Makan tidak basuh pinggan, nanti lambat dapat menantu.
- Makan sisa anak, anak akan degil.
- Tidur selepas makan, nanti perut buncit.
- Bila makan, pinggan tak boleh diletak atas riba, nanti suami diambil orang.
- Jangan makan nasi di senduk, nanti payah rezeki.
- Makan bertindih pinggan, akan beristeri dua.
- Makan dalam belanga, dapat anak rupa hodoh.
- Makan berlunjur,akan jadi pemalas.
- Makan mencangkung, payah dapat rezeki.

Pantang Larang Ke Atas Lelaki
- Dilarang kencing atas busut, dikatakan buruk kemaluan.
- Dilarang mengintai orang mandi, nanti mata ketumbit.
- Kalau tidak tahan berpanas, nanti tunang dilarikan orang.

Pantang Larang Ke Atas Perempuan
- Dilarang menyanyi di dapur, nanti kahwin orang tua.
- Dilarang menjahit di badan, nanti tidak lepas hutang.
- Dilarang memakan leher ayam, nanti leher terkulai di pelamin.
- Pantang bangun lewat, nanti sukar mendapat jodoh.
- Dilarang makan nasi kerak, nanti mendapat anak *****.
- Dilarang mencari kutu ditangga, nanti kahwin orang tua.
- Dilarang mencucuk jarum pada waktu malam, nanti didatangi ****.
- Dilarang bercermin di depan cermin retak, nanti wajah pucat di malam pertama.
- Pantang berbual di tangga, nanti dipinang orang di serambi rumah sahaja.
- Dilarang makan bertindih pinggan, nanti menjadi madu orang.
- Tak boleh menyapu nasi pada waktu malam, nanti pendek rezeki.
- Dilarang mengerat kuku waktu malam, nanti datang ****.
- Dilarang makan berubah tempat, nanti berkahwin ramai.
- Dilarang meletak pinggan di tapak tangan ketika makan, dikhuatiri nanti akan merampas suami orang.



ni yo yang nenek dapek senarai an ... timo kasih la yo bagi nenek tulis entry kek blog ko niey . nenek suko ! :DD kalau ado yang terbaru , nenek akan update next time . 


*ok time kasih la ye nenek timah sebab sudi gitau kat follower2 aku pasal pantang larang . bukan men hebat lagi die speaking . haha ! :DD
bagi aku , semua ini adalah untuk kebaikan . yela , adat orang melayu penuh berbudi bahasa dan tunjukkan kesopanan . so diorang buat la pantang larang yang mengarut ngarut ini untuk elakkan kite buat dan rasa takut untuk buat . betul tak ? bile nenek moyang kite tak buat macam niey , ilang la sopan dan budi bahasa orang melayu sampai sekarang . kalau tak , takde la cogan kata "budi bahasa budaya kita" cewahhhh !
tapi sejauh mana kebenaran pantang larang ni...?? masih boleh diguna pakai ke zaman skang ni..??

fikir-fikirkan dan selamat beramal (:

Post a Comment

Hello Readers !
Comment elokelok oke .
loveyouu !

0 1 komen kawankawan:

Post a Comment

Hello Readers !
Comment elokelok oke .
loveyouu !