terpaksa melepaskan kau pergi :(

30-10-2010 hingga 31-05-2011 tinggal kenangan :(
semalam , cukup 7 bulan aku bercinta dengan si dia
tapi hari ni semuanya hancur and hilang macam tu je !
hurmmmm ..... memang salah aku , memang salah aku . 
aku tipu die , 
aku bukan nak tipu , tapi aku taknak die risau 


aku tak sangka macam ni akhirnya percintaan kiteorang
sedih ? tipula aku kata aku tak sedih . 
sumpah aku sedih gilegile . aku SAYANG kat dia sangatsangat
tuhan je tau macam mana aku sayang kat dia . 


sejak aku kenal dia, aku dah tinggalkan perangai lama aku
dia selalu nasihatkan aku, terima aku seadanya . 
kenapa la aku BODOH ! 


aku tak kuat , aku tak kuat 
selama aku couple dengan dia 
aku banyak bahagia daripada sedih
kiteorang jarang gaduh 
selalu jumpa . 
tapi kenapa akhirnya macam ni 
kenapa ?


semua orang kata kiteorang pasangan bahagia
kemana bersama , makan bersama , pergi kerja samasama
hurmmmmmmm ..............
aku tak rela lepaskan dia , aku sayang dia sangatsangat 
lebih dari nyawa aku . 


Dah takde sapa nak teman aku balik jalan kaki pergi kerja
dah takde sapa nak tenung mata aku
dah takde sape nak manja-manja dengan aku
dah takde sapa nak tolong aku bila aku susah
dak takde sapa nak sayang aku lagi
dah takde sapa aku nak tarik hidung and pipi dia lagi
dah takde sapa ........................


"YaAllah...


seandainya telah Engkau takdirkan..

dia bukan milikku...


bawalah ia jauh dari pandanganku...


luputkanlah ia dari ingatanku...


dan peliharalah aku dari kekecewaan...



serta YaAllah Ya Tuhanku yang Maha Mengerti...

berikanlah aku kekuatan...


berikanlah aku kekuatan...
"





Ada dua titis air mata mengalir di sebuah aliran sungai… satu titis air mata itu menyapa air mata yg satu lagi…,” saya air mata seorang wanita yang mencintai seorang lelaki tetapi telah kehilangannya… siapa kamu pula..?” jawab titis air mata kedua itu..,” saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang wanita yang mencintai saya berlalu begitu saja….”
Hal yang mungkin sangat menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat berarti bagi kamu… hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi…
Jika kamu mencintai seseorang, bebaskanlah dia.
Jika dia kembali kepadamu,maka dia adalah milikmu.
Jika tidak, maka dia tidak akan pernah jadi milikmu".
Bahkan dalam hubungan percintaan, seseorang perlukan ruang untuk dirinya sendiri.






P/S : Pinjam bahu boleh ??? :'(


Kalau suka tekan LIKE . Kalau sayang tekan COMMENT !

surat suami yang jujur untuk isteri tercinta

Suami bin Lelaki 
17, Jalan Angkasa , 
24300, Kemaman 
Terengganu .. 

Isteri binti Perempuan 
17, Jalan Angkasa , 
24300, Kemaman 
Terengganu . 

31 April 2006 


Puan, 

PERKARA : PERMOHONAN UNTUK BERPOLIGAMI 

Perkara di atas adalah di rujuk. 

2. Sebab utama permohonan ini di lakukan adalah kerana saya ingin melengkapkan kuota yang telah di peruntukkan bagi saya . Buat masa ini kuota yang telah di isi cuma satu , memandangkan masih ada 3 kekosongan , eloklah jika dapat dipenuhi secepat mung kin . Pihak yang akan mengisi satu kekosongan ini buat masa ini ialah Cik Hana Fazura binti Ramli yang merupakan setiausaha saya di pejabat . Memandangkan komitmen yang beliau tunjukkan di pejabat amat baik , eloklah jika kita masukkan dia bersama kita di dalam organisasi keluarga kita . Kekosongan yang selebihnya akan diisi di masa akan datang. 

3. Untuk makluman pihak puan , yang sebenarnya masalah ini telah lama saya fikirkan tetapi memandangkan poket saya yang selalu nipis , terpaksalah saya tangguhkan dulu permohonan ini di samping kurangnye rasa keyakin an untuk mengemukakan permohonan ini . Kini, setelah saya dapat mengeluarkan kesemua duit pelaburan ASB saya , saya merasakan kembalinya semangat saya yang telah hilang selama ini. 

4. Permohonan ini amat setimpal kerana dengan kedudukan sekarang ia menguntungkan kedua belah pihak dan juga pihak ketiga . Selama ini hidup kita bahagia sebab jika tidak , manakan mung kin puan dapat menjadi seperti sekarang . Semua yang puan miliki sudah bertambah besar. Kereta besar , rumah besar , rantai besar dan pakaian besar . Jika dulu potongan puan seperti gitar, kini sudah bertukar menjadi drum. Oleh itu, sudilah kiranya dapat kita kongsi bersama insan lain kebahagiaan kita ini. 

5. Pihak puan juga dapat menikmati faedah dari kelulusan permohonan ini kerana puan akan tetap menikmati apa yang telah puan miliki sekarang dengan waktu bekerja lebih singkat dan sistem syif akan di perkenalkan iaitu 1 hari kerja dan 1 hari cuti rehat . Waktu bekerja yang selebihnya akan ditampung oleh pihak ketiga. Kebaikan yang puan akan nikmati ialah waktu rehat yang bebas kerana dalam waktu puan bercuti, saya selaku Penyelia tidak akan memantau aktiviti yang puan lakukan . Pada waktu itu saya cuma akan fokus kepada hasil kerja pihak ketiga . Menguntungkan bukan? 

6. Segala kerjasama dari pihak puan saya dahulukan dengan ribuan terima kasih. Saya amat berharap pihak puan dapat meluluskan permohonan saya ini kerana adalah lebih baik jika kita dapat berkongsi kebahagiaan kita ini bersama insan lain. Saya harap permohonan saya ini di balas dengan senyuman penuh keikhlasan dari pihak puan dan tandatangan puan di atas kertas yang saya lampirkan bukannya balingan periuk nasi , pinggan-mangkuk , ketukan senduk dan perkara-perkara yang menyukarkan pihak puan untuk melakukannya. 

7. Saya harap puan sudi meluluskan permohonan ini . Hadirkanlah senyumanmu sebagaimana ketika kita menyambut orang baru iaitu bayi kita kedalam keluarga kita 10 tahun lepas ….. Situasinya lebih kurang sama dengan masa kini . Kita akan menerima orang baru juga cuma bezanya ialah jika 10 tahun yang lepas kita perlu menjaga dan membelainya dengan manja bersama tetapi kali ini, setiap urusan penjagaan dan belaian manja akan di laksanakan oleh saya sepenuhnya. 

8. Akhir kata , saya harap permohonan saya ini dapat dibalas secepat mungkin. Semoga kita bersama-bersama dengan pihak ketiga akan dapat melaksanakan program ini dengan jayanya. 

Sekian , Terima Kasih. 



“BERKORBAN DAN BERKONGSI KEBAHAGIAAN LAMBANG RUMAHTANGGA BAHAGIA” 



Yang Ikhlas Memohon , 



Suami bin Lelaki 







*p/s : kalau laki aku anta surat rasmi kat aku macam ni . memang arwah ler die aku kejekan :P


Kalau suka tekan LIKE . Kalau sayang tekan COMMENT !

Kami Wira - Wirawati Negara :D

MAAF entry kali ini panjang siket :P
btw tengok tajuk je mesti dah tahu apa dia kan 
ye ! saya dulu bekas penari kebudayaan wirawati sukan sekolah
tapi sebenarnya SALAH !
aku dulu bekas pelatih PLKN , Program Latihan Khidmat Negara bukan Penat Lelah Kau Nanti :P
aku ditempatkan di Kem Lagenda Gunung Ledang Asahan, Melaka Kumpulan 3 Siri 4/2007 
perasaan aku pada masa itu memang bercampur baur antara nak pergi atau tidak
disebabkan pada masa itu aku tengah melanjutkan pelajaran di UKM, bangi dalam bidang menjahit tapi bukan study di UKM tu tapi belakang UKM :P sebab kalau aku sebut nama kolej tu . memang korang takkan pernah dengar punya . sebab kolej tuh FAMOUS AMOS sangat


jap, jap . pehal aku tulis dah macam karangan je ayat kat atas tuh , macam nak tulis surat rasmi pulak . 
kekeke :P okeoke , aku cerita macam kawan-kawan jelah eh . 
memang aku takde niat and takde harap or cita-cita langsung nak masuk PLKN tuh . dalam otak aku , aku memang takkan dapat punya sebab dulu kat sekolah aku aktif sukan kot . masa merentas desa kat sekolah dulu, aku selalu jd PBSM tolong selamatkan orang . terkejar sana, terkejar sini carik ubat . angkat mangsa2 yang sakit . errrr , tapi PBSM tuh sukan ke ? heh ! lantak la kan . . 


tapi masa tengah syoksyok menjahit . mak aku col, "kak , ade berita baik ni". "YESS ! mak aku nak bank in duit". dalam hati aku . tapi hampeh ! bila mak aku kata "dengan bangganya mak ingin mengumumkan tetttt Binti Tottt berjaya memasuki Program Latihan Khidmat Negara di Kem bla bla bla " kemain lagi mak aku umumkan cam gituh .
bila aku dengar je , aku tengok jarum kat mesin tuh kecik besar, kecik besar je . errrrrrrrrrr ! TAKMAU !!!!!
3 bulan tuh weh . duk situ tanpa HP, tanpa TV, tanpa BANTAL BUSUK, tanpa KICAP, tanpa KELUAR JALAN-JALAN. perghhh ! mati kutu aku . bukan kutu je boleh mati , dengan akuaku sekali mati. 


aku hantar surat dekat kementerian pertahanan . aku nak tangguh sebab aku kata aku tengah study . lepas 2 minggu budak plkn dah masok, aku check dalam internet, nama aku takde dalam senarai yang berjaya penangguhan . ggggggrrrrrrrrrr ! memang aku terpaksa pergi ler . mase g medical checkup tuh , aku harap-harap sangat aku ade something yang buat aku takleh pergi ke . tapi doktor check semua ok . 
nak taknak kene pergi la . huhu ! masa hari first aku dah melalak (menangis) masa mak aku nak balik . haha ! malu siak . tapi nak buat camne, tiba-tiba aku jadi macam takleh berpisah dengan family masa tuh . huhu sedih , byebye HP ! aku sorang yang datang daftar hari tuh sebab aku lambat . budakbudak yang lain dah dapat kump , dah dapat pangkat, dah masok kelas . aku je baru terhegeh2 . aku dapat kompeni BRAVO ! 
tapi masa aku nak daftar tuh pon , pelatihpelatih lain dah tegurtegur aku time uh . semua jenis tak sombong je aku tengok . bersemangat siket la aku masa tuh . 


errrrrrrrr ! 1 benda yang aku susah sangat iaitu bangun pagi . kat PLKN pukul 5 pg dah kene bangun woi . memang terkeluar dari kamus hidup aku ler nak bangun pagipagi camtuh . kalau mak aku tengok pon boleh menangis sampai buat kenduri doa selamat ke ape . perghhh ! lemah longlai aku jalan pergi bilik air . sempat lagi berjalan sambil tidor . aku tak ingat la, aku mandi ke tak masa tuh . HAHA ! sejuk koddd :P
lepas tuh dah memekak la speaker atas tiang kayu tuh suruh cepat . kiteorang pergi sembahyang subuh dengan kusyuknya pagi itu . bukan lebih kusyuk solat , tapi kusyuk tyto time kuliah subuh tuh . kalau kat rumah , sembahyang tak pernah nak cukup . tapi duduk plkn memang solat tak tinggal la . memang aku jadi baik and sucinyer duduk plkn :P. lepas sembahyang subuh kene PT pagi , bahasa lainnya SENAMAN :D 
bab paling tak suka kalau lambat , memang kene denda pusing 1 padang kawad ler ko . huh ! lepas tuh kene beratur nyanyi lagu PLKN sambil naikkan bendera sampai aku naik lancar la lagu tuh . siap buat caller ringtone lagi . kekeke .


satu lagi benda yang paling best aku nak kongsi ialah bab MAKANAN ! korang tak payah risau bab makanan, 6 hari sekali korang melantak . lauk sedapsedap pulak tuh . ohh ! encik KICAP pon ade :D so dont worry about KICAP xde. mintak je kat makcik kantin tuh . aku ingat dok sane aku boleh kurus , tapi makin gemok ade la . masok kelas memang best ! tak bosan , ade je aktiviti . cikgucikgu yang best . memang enjoy gila . lagilagi kalau keluar buat komuniti . contoh , pergi rumah orang asli ke , pergi gotong royong bersih rumah orang ke kan . nampak die punya aktiviti macam tak best . tapi yang bestnya sebab dapat keluar . hahah ! masa tuh korang rasa korang macam baru dilahirkan and baru melihat dunia . so bile dapat keluar, rasa happy and gayat sebab tengok dunia luar . JAKUN erk ? 


urmmm bab aktiviti pulak , paling best ialah menembak ! perghhh , 1st time kot pegang senapang M16 tuh . bangga gila dapat menembak . selama ni main tembak2 pakai ibu jari dengan jari telunjuk je dengan adik2 masa kecik dulu . cuba aku pegang senapang ni , aku ajak die men tembaktembak . agak-agak best tak ? HAHA ! mau bersepai kepala ko . tapi aku dapat markah siket je time uh . malas nak tunjuk bakat . ekkeke !
urmmm kawad pon best , sebab aku wakil kem pergi pertandingan kawad kat kem perkasa, mantin . tapi group kiteorang tak menang . takde rezeki . penat kot practice kawad tiap2 petang . elokelok muka aku putih gebu, jadi hitam longot . 


urmmm memang banyak la aktiviti aku masa plkn . nak cerita satusatu memang tak larat nak tulis ler kan . aku maybe larat , tapi takot korang yang tak larat nak bace nanti . yang lain-lain cam kayak , rempuhan halangan, flying fox sampai aku menjerit dari atas sampai bawah . kekeke ! berkhemah kat hutan gunung ledang . 
tapi aku 2 minggu tak dapat join aktiviti lain sebab satu kem kene wabak sakit mata . sapa punya mata tah yang bawak penyakit . so kiteorang dikuarantinkan dalam 1 dorm takleh keluar buat aktiviti . sedih seyy .
urmmm pasal scandal2 dalam plkn toksah nak cakap la . memang konpem ade punya . scandal untuk 3 bulan :P . babbab kene rasuk , aku pon alami tapi aku taknak cerita panjangpanjang . 


so masa last aku plkn , memang sedih sangatsangat sebab kiteorang rasa dah taknak balik . best gila kot ! masa 1st aku ler yang taknak pergi sangat . tapi bila dah masuk . perghhh ! mcm masuk wonderland . rasa macam tak cukup 3 bulan . nasib baik la ade fb , aku jumpa balik kawan-kawan plkn aku . huhu ! memang besh gile . kiteorang tengah rancang nak buat reunion . tapi tak tahu la jadi ke tak . 


so sapesape yang dapat PLKN , aku cdgkn baik korang pergi . memang tak rugi ! korang boleh disiplin kan diri macam aku ni ha . bangun pagi2 ( masa plkn jela ) , solat tak tinggal . sangatsangat besh ! korang patut bersyukur sebab dapat , ramai yang nak masok plkn ni tp tak dapat . yang taknak pergi pulak yang dpt . so korang jangan siakan peluang yang ada . hanya sekali seumur hidup . ok sebelum aku tutup cerita , tengok la beberapa keping gambar masa aku kat plkn dulu . jangan nak kutuk aku gemok k . muka pon cam budakbudak je :P










P/s : dah bace komen la weh ! penat aku taip panjangpanjang ni . like sekali tau and korang ade pengalaman dalam PLKN tak ? SHARE la siket :P . 














Kalau suka tekan LIKE . Kalau sayang tekan COMMENT !

Ayahku Si Ikan Haruan !

Azie, 30-an berkata, hidupnya tidak menentu selepas melihat perbuatan bekas suaminya yang mengambil kesempatan terhadap anak tiri.

Menurutnya, anak gadisnya yang ketika itu berusia 15 tahun anak sulung hasil perkongsian hidup dengan suami pertama yang dikahwini pada 1994 sebelum bercerai lima tahun kemudian.

“Hasil perkahwinan itu, saya dikurniakan dua anak. Seorang lagi anak lelaki yang kini berusia 13 tahun. Selepas bercerai, kedua-dua anak itu dijaga nenek mereka di pantai timur,” katanya.

Menurutnya, selepas tiga tahun menjanda, hatinya ditambat seorang lelaki berusia 40-an dan mereka melangsungkan perkahwinan pada 2002.

“Perkahwinan kali kedua ini pada awalnya bahagia dan kami mendapat dua anak masing-masing seorang lelaki yang kini berusia lapan tahun dan perempuan berusia lima tahun.

“Namun, kebahagiaan itu mula tergugat sedikit demi sedikit selepas saya mengambil dua anak dengan suami dulu tinggal dengan kami di ibu kota,” katanya.

Menurutnya, ketika anak gadisnya berusia 13 tahun, dia sudah mula mencurigai sikap suami yang seolah-olah cuba mengambil kesempatan terhadap anaknya itu.

“Saya pernah terserempak suami yang berada dalam bilik anak dan dia cuba meraba anak saya yang ketika itu tidur.

“Bagaimanapun, ketika ditanya dia membuat alasan mahu menghalau nyamuk dan saya mendiamkan diri kerana enggan bergaduh selain tidak mahu anak lain tahu,” katanya.

Menurutnya, kejadian itu makin menjadi-jadi apabila anak gadisnya berusia 15 tahun dan pernah anaknya itu demam teruk dan meminta dibawa ke klinik.

“Ketika dalam perjalanan ke klinik, baru anak saya menceritakan kejadian sebenar yang dia sudah beberapa kali menjadi pemuas nafsu suami, namun tidak berani menceritakannya kepada sesiapa kerana diugut bapa tirinya itu.

“Saya membawa anak saya ke balai polis untuk membuat laporan rogol kerana anak masih di bawah umur,” katanya.

Azie berkata, suami keduanya itu juga seorang yang panas baran dan suka memukulnya dan anak-anak, namun hanya anak sulung yang dijadikan hamba seks itu tidak dipukul.

“Lebih mengecewakan apabila suami memukul dan memijak perut saya walaupun ketika itu saya baru tiga hari selesai menjalani pembedahan kerana mengandung di luar rahim. 

“Mungkin dia bertindak begitu kerana marah selepas saya ternampak dia berasrama berasmara dengan anak ketika mereka di dapur,” katanya.

Menurutnya, selepas kejadian itu, anak lelaki keduanya turut menceritakan yang dia pernah terserempak kakaknya beberapa kali masuk ke bilik bapa tiri sebelum keluar dua hingga tiga jam kemudian.

“Bagaimanapun, anak saya itu tidak berani menceritakannya sebelum ini kerana takut dipukul suami yang panas baran, malah dia pernah diseksa dengan diterbalikkan kepala ke bawah kerana mengetahui hubungan bapa tiri dengan kakaknya itu.

“Selepas mendengar semua cerita dan mengetahui apa yang berlaku ditambah dengan apa yang saya lihat, saya meminta cerai dan kami berpisah Ogos tahun lalu,” katanya. 

Bagaimanapun, Azie kini buntu apabila anak gadisnya itu yang kini berusia 17 tahun menghilangkan diri sejak enam bulan lalu dan dia syak kemungkinan bekas suaminya mengambil anaknya itu.

“Saya sudah membuat laporan polis berhubung kehilangan anak dan syak bekas suami melarikannya kerana saya tahu dia bijak memujuk.

“Tidak mustahil anak gadis saya mengikutnya kerana dia masih mentah dan mudah termakan pujuk rayu bapa tirinya,” katanya.



*Ya Allah , mintakmintak la bf suami aku bukan daripada golongan macam tu . Aminnnn ..........


Kalau suka tekan LIKE . Kalau sayang tekan COMMENT !

Emisi Nokturnal, adakah semua lelaki melaluinya ???




apa tuh ?
ko tau ?
pening aku bace ayat macam bahasa indonesia
aku pon baru copy dalam Wikipedia :D
maksud lainnya "mimpi basah




"emisi nokturnal
adalah pengeluaran cairan semen (mani) di waktu tidur dan hanya dialami oleh laki-laki. Mimpi basah sering dialami oleh remaja laki-laki  bergantung dari yang mengalami mimpi itu sendiri (khususnya bila ia seorang remaja dewasa). Semakin bertambahnya umur maka mimpi basah ini semakin jarang dialami"


lucah ke kalau tulis entry pasal "mimpi basah" ni ?
aku rasa TAK ! sebab ini pengetahuan :D
aku pon nak tau gak ape itu emisi nokturnal
kenapa lelaki je yang alami benda tuh . perempuan takde ?
yang itu maybe aku kene buat entry lain :D


oke oke berbalik dari cerita tadih
mimpi basah ni macam mana ? adakah dia mimpi dia berlarilari di tengah hujan
and then basah kuyup or dia mimpi dia pergi toilet buang air kecil
padahal dia atas tilam and tilam dia basah :D


TIPU la kalau korang tak tahu kan !
sekarang perempuan lebih expert tau bendebende camnih daripada lelaki
betul tak ? lagilagi remaja sebab semua benda kite nak tau
macam aku dulu , 
aku tanya membe lelaki aku .
"weh weh korang mimpi ape masa nak baligh dulu"
haha ! bodoh punya soalan kan ! tapi nak buat camne , mase tuh semua benda nak tau and cuba 
aipp ! bukan nak cuba macam mana nak dapat mimpi tuh oke . 


so daripada kawan-kawan aku punya story
aku pon paham la , apa itu "mimpi basah"
diorang bermimpi dengan perempuan melakukan hubungan intim and bla-bla 
dan sehingga tilam mereka basah
so benda tuh akan dialami kepada remaja lelaki yang ingin meningkat dewasa
tapi aku tak tahu adakah semua lelaki mengalaminya
takkan nak tanya sorangsorang pulak kan !


kalau tak caye
korang tengok adikadik korang dulu yang baru sekolah rendah ke ape
bila dah besar tibatiba suara kecik jadi suara garau
so mesti malam tuh diorang mimpi basah !
haha ! mandaimandai aku je . 


dah dah tak mau cerita panjangpanjang
nanti budak lelaki touching :D


p/s : best ke ? HAHA ! :D








Kalau suka tekan LIKE . Kalau sayang tekan COMMENT !

Yeayyy ! Follower Ke-100

follower yang ke-100 telah dijumpai :D
huh penat aku tunggu dari semalam
tapi tak timbultimbul
nasib baik hari ni ade yang bertuah follow blog aku

tahniah kepada BELIAU kerana telah menjadi follower yang ke-100
yeayyyy !
dia sangat-sangat excited bila dapat tau die follower yang ke-100
sampai share kat fb lagi .
haha ! sangatsangat comel oke :D

jom berkenalan dengan beliau
mintak pic erk :D
Aisyah
18 tahun
Seremban *yeayyy orang kg den !!! 
nak tengok blog dia ? klik SINI

so hari tuh ungu ade janjikan something special untuk follower yang ke-100 di SINI 
tahniah sekali lagi untuk Aisyah sebab berjaya dapat hadiah :D
sila tuntut hadiah anda nanti oke 
hadiah tidak akan diberi tahu disini (:
RAHSIA ! :D




Kalau suka tekan LIKE . Kalau sayang tekan COMMENT !

ini bukan betulbetul , ini cobaan !!!

OHH tidak ! kenapakah ??? aku bermimpi begitu ?
dengan dia ? memang takleh blah !

ni la sebabnya kalau membuta sampai ke tengah hari . mak pesan anak dara jangan bangun lewat .
tapi dogil ! kan dah mimpi bukanbukan . aku nak cerita pon malu .

aku mimpi benda yang memang takkan jadi kenyataan .
sebab dia dah ada BINI !
sebab aku kenal dia dan die tak kenal aku
sebab dia famous
sebab dia tak pernah pon singgah blog aku tapi aku selalu singgah blog dia :D

hahahahaha !
tapi mimpi tuh memang best !
kiteorang dating , jalan sama-sama, pegang tangan . and u know what ?
dia ROMANTIK sangatsangat
dengan badannya yang tegap .
kumis dan janggut sejemput . hensemnya !
astagfirallahalazim ! aku tersedar . nonsense gilaaa !

kalau bini die tau mampus aku kene parang .
nak tau sape jejaka yang tampan itu ? tengok SINI

p/s : ehemehem ! ada hati nak jadi bini no 2 ke ?????! jap , aku nak PINSAN ! :D


Kalau suka tekan LIKE . Kalau sayang tekan COMMENT !

saya dah edit blog saya berwajah baru, awak ade ??? :D

blog saya sudah berwajah baru . oke tak ? oke tak ? penat edit tau !
dari petang tadi sampai malam . penat carik background yang sesuai
tengs kepada FATIHAH sebab bagi tutorial template macam blog dia

comel kan ? tapi blog dia lagi comel oke :DD lalalalala . .
baru la semangat nak berblog and post entry lau macam ni . blog pon rase ringan jepp !
huuu sukesuke . kalau korang nak template macam ni , boleh la pergi kat blog dia (:
dia ada macam-macam tutorial

btw ade yang cakap die tak suka tengok blog aku sebelum ni, nampak serabut la, pening la . banyak widget gerakgerak . tapi aku nak cakap satu je . ade aku kesah ???

lain orang lain citarasa kan . so kalau owner blog tuh jenis suka benda yang comel macam tuh nak buat canew ? takkan nak ikut taste korang lak
peace ! :D

kalau suka comment and like (:


Kalau suka tekan LIKE . Kalau sayang tekan COMMENT !

Macam - Macam Tutorial

hye semua !
ini ungu sediakan tutorial yang boleh korang gunakan
btw kalau korang nak menatang yang comelcomel macam kat blog ungu ni korang boleh pergi kat SINI 
sebelum tuh ungu nak mintak MAAF kepada sesiapa yang cuba tuto ni tapi tak jadi . mesti KACEWA kan kan kan . ungu punya tuto ni lebih kepada blogger yang pakai MINIMA TEMPLATE . so sape yang pakai template designer ke ape, memang ade seteng seteng tuto tak jadi kalau buat sebab ungu banyak dapat komen kata tak jadi . so HARAP MAKLUM ye . sila check jenis template anda sebelum buat (: 

 Tutorial Mengembalikan Entry Yang Hilang
 Tutorial Siapa Nak Templates Macam Saya
 Tutorial Letak Lagu YouTube Kat Blog
 Tutorial Curve Border Keliling Blog
 Tutorial Link Auto New Tab
 Tutorial Link Berpelangi   
 Tutorial Background Berbeza Bagi Setiap Page
 Tutorial Cute Comment
 Tutorial Cursor Bubble Effect
Tutorial Floating Button
Tutorial Icon di Sebelah Post Title and Cara Nak Buang Icon Post Title
Tutorial Centerkan Ayat dan Letak Icon Comel



PERHATIAN ! dah ambik tutorial tu , comment la siket k . Kalau nak copy tutorial ni , tolonglah kredit kan ! janganlah jadi seorang yang TIDAK BELAJAR SIVIK . Dah orang bagi , ucap TERIMA KASIH pon payah sangat ke ? tak susah kan ? BUDI BAHASA BUDAYA KITA . Sekian Terima Kasih ! 




Kalau suka tekan LIKE . Kalau sayang tekan COMMENT !