kisah seram : Jalan Jasin, Melaka

kisah ni berlaku 2 tahun lepas
aku dapat sambung study dekat politeknik merlimau, melaka
masa sem 2, aku dah duduk rumah sewa dengan kawan-kawan
kiteorang ni boleh dikatakan kaki rayap
lagilagi aku sebab aku dapat bf orang melaka gak

nak dijadikan cerita
aku dengan bf aku ni selalu keluar
kiteorang suka sewa kete malammalam and balik tengahtengah subuh
tapi sebelum aku nak balik rumah aku kat merlimau,
aku kene hantar bf aku dulu balik rumah dia kat jasin

ramai membemembe aku kata aku ni seorang yang berani
sebab tak ramai yang berani lalu jasin
bile tengahtengah malam or pagi
lagilagi sorang . perempuan pulak tuh !
aku ade gak dengar jalan jasin ni keras la
macam-macam la . sebab jalannya kiri kanan hutan
lampu jalan pon tak banyak.
tapi aku ni jenis buat pekak telinga je.
tak payah nak pikir ape-ape.
janji aku dapat dating :D

so pada malam tuh aku keluar dengan balak aku
pergi jalan-jalan kat bandar melaka
sambut dia punya bufday
macam biasa la, sewa kete.
kene pick up die kat rumah.

aku yang kene drive sebab die takde lesen kete

sampai polis yang selalu buat rob-lock kat jalan jasin tuh dah kenal aku dah
sebab aku je yang selalu lalu jalan tuh tengah-tengah malam
"dik, mintak ic and lesen. 
nak pergi mana tengahtengah malam ni. tak takut ke ?"
perghhh sound aku baik punya polis ni.
antara jasin dengan merlimau,
amik mase 15-20 minit jugak la

so dah puas dating, aku nak hantar die balik dalam pukul 4 pg camtuh
sampai depan rumah die, kiteorang leh relax lagi
borakborak dalam kete.
lepas tuh die tunjuk kat aku, "uishhh ! ape tuh ?"
aku pon pandang depan . tapi aku tak nampak apeape pon
die ni nak buat lawak bodoh ape pulak .
aku tanye dia, "nampak ape ? tak nampak apa pon, takyah la nak main-main"
"tadi bie nampak ade benda lalu", aku dah mula kepit kaki tahan gigil tapi buat muka relax je
"ala perasaan je tuh. takde pape la".
die pon diam, "urmmmm xpela, xde pape kot. dah la b nak masuk rumah". aku tengok muka die dah lain
"ala relax la dulu . tak habis borak lagi" aku taknak kasi die masuk rumah sebab aku rasa macam dah takut nak balik
"alaa ... dah pukul berapa dah ni. mi bawak je kete. takde pape la. perasaan b je tadi . "
aku telan air liur, tibetibe badan aku rasa berpeluh and seram sejuk walaupun aku tak panas mase tuh ...
aku start enjin kereta

bf aku pon keluar kereta . dah salamsalam ucap bye semua
aku pon gerak . aku tengok dari cermin sisi, bf aku dok tercagak je lagi tengok aku blah.
tapi seriously aku dah rasa lain . tadi ok je . tibetibe aku rasa seram je.
aku cari-cari kot ade cd bacaan ayat Al-Quran dalam kereta ni .
tapi takde, memang lah takde, dah namanya kereta sewa . bukan kereta sendiri
aku bukak radio kuat2 . sampai nak tercabut speaker kerete tuh aku rasa
tukartukar siaran radio. "mane la tahu ade orang mengaji ke time camnih" aku cakap dalam hati
dem ! takde seh . semua lagu macam nak suruh aku tyto . tangkap leleh . lagu negaraku ler .
timetime camnih ler takde . arghhhhhhhh !
aku cuba bace ayat Qursy . tapi takleh nak keluar . aku lupa . tibetibe hilang ingatan macam aku tak pernah mengaji mase kecik-kecik

aku tak tahu nak buat ape, aku hanya boleh sebut "bismillahhirrohmanirrohim" sepanjang aku memandu
aku pecut 140 km/j . jalan kiri kanan hutan , gelap lagi . sampai nak melayang layang kereta tuh
"kau gadisku yang manis, coba lihat aku disini " demmm ! aku terkejut . hp aku berbunyi . sial la hp ni , time ni la ko nak berbunyi . aku dah la tengah takut . tertera nama "hubby", erk bf aku ler .
nyaris aku nak accident, jalan jasin dah lah jalan bengkang bengkok seh .
aku rase macam dah bawak kereta F1 dekat litar sepang
"mi kat mane ni ? ok tak ?" aku just jawab "mi tengah drive ni bie , nanti call balik" pap ! aku letak sebab
tibetibe aku nampak rob-lock yang selalu aku lalu tuh
aku dah risau, sebab aku bawak laju gile lepastuh bergayut pulak . nasib baik aku sempat break. dalam hati aku lega siket sebab takut aku boleh hilang kejap . sebab ade orang and lampu yang banyak

aku pon berhenti
aku turunkan tingkap . aku tengok polis tuh pandang je . aku pon pandang die balik
aku pon nak keluarkan la ic and lesen aku macam biasa
tapi polis tuh lambai-lambai tangan macam bagi isyarat suruh jalan .
aku pelik !
kenapa die taknak tengok lesen aku . tak penah lagi aku lalu
die tak tegur or tak mintak ic or lesen .
ini cakap pon tak , bagi isyarat je . dah macam polis bisu
tapi aku dapat tengok muka polis kat situ semua berubah macam ade yang tak kene

aku malas nak pikir ape,
aku jalan je . sebab dalam kepala aku sekarang nak balik rumah !
aku pecut lagi . and bukak radio kuat-kuat
daripada 20 minit, malam tuh aku bawak 10 minit je terus sampai rumah
lampu-lampu isyarat pon aku bedal kasi terus .
nasib baik takde kereta

aku sampai rumah , aku terus masuk bilik . aku selubung !
syukur takde pape yang berlaku
aku col bf aku , dia kata die demam .
mesti pasal kejadian malam tuh .
seminggu die demam . kesian aku tengok die .
aku nak g tengok , tapi aku pon rasa macam tak sihat

lepas seminggu, die call aku . tibetibe die bukak balik cerita malam tuh .
dia tanya aku, aku balik malam tuh ok ke ? takde apa-apa ke ?
aku pon jawab " ok je, takde pape yang berlaku "
aku tipu padahal nak tercabut enjin kete tuh aku pecut
die pon bukak cerita
masa die tengok aku balik malam tuh
" die nampak bende tuh duduk atas atap kereta aku dengan rambut panjang mengurai . die terkedu tak boleh nak cakap ape . masa die col aku dalam kete tuh . die nak bagitau tapi rasa tak sampai hati sebab die taknak aku jadi takut and jadi apa-apa sebab aku bawak kereta. "
dem ! aku terkedu . aku dapat bayangkan macam mane bende tuh boleh lending atas atap kereta aku sambil aku bawak kereta macam kat litar sepang . perghhhhh ! sumpah aku seram . naik bulu roma aku on the spot . daripada baring terus menegak macam tiang elektrik .
korang pikir tak ape yang aku pikir pasal rob-lock malam tuh ?
baru aku tahu kenapa polis kat situ jadi bisu and berubah muka . tapi aku tak tahu ape yang diorang nampak .
nasib baik benda tuh tak kacau aku . buatnya dia main cak cak dengan aku tunjuk muka die kat cermin depan . tak ke memang kereta aku masuk hutan kat jasin tuh .
aku tak tahu la benda tuh ikut aku sampai rumah or tak .

lepas pada bf aku story
aku pulak yang demam seminggu .
siot la bf aku ni jujur sangat .
sampai budak rumah aku pelik tengok aku dah tak dating and sewa kete macam selalu
nak dating apenye . sumpah aku taknak tempuh jalan jasih tuh lagi !!
sejak dari tuh . bf aku je yang datang jemput aku naik moto
kiteorang keluar dating siang je .
lagipon tak elok dating malam-malam ni . *ayat nak cover

banyak lagi cerita seram aku . next time aku cerita :D
lepas ni bawak kereta check atas atap kereta tuh dulu baru memulakan perjalanan or bawak kereta yang takde atap ok. lagi senang , die lending kat sebelah sit ko je . hahahaha !

p/s : pssstttt ! aku nak taip cerita ni pon aku still gigil :D













Post a Comment

Hello Readers !
Comment elokelok oke .
loveyouu !

2 1 komen kawankawan:

KiDDo said... [Replay (:]

hhahaha..mmg horror kot jln tu..lg dr highway nk p jasin

missunguviolet said... [Replay (:]

@KiDDo hoho ! tau takpe . hutan je penuh . sebab tuh hantu suka duduk kat situ . dah orang tak banyak yang lalu . eeeee seram .

Post a Comment

Hello Readers !
Comment elokelok oke .
loveyouu !