Pencuri Minyak Wangi Kembali Ke Pangkal Jalan

sebelum aku tulis , 1st aku nak gelak dulu
hahahahhahahahaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
wakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkaaaaa
wakakakakakakakakakkakakakaaaaaaaaaaaakakak
ok CUKUP !

kenapa tajuk entry aku macam tuh erk ?
and kenapa aku gelak ?
anda pelik ?
taip ON PELIK hantar ke lubang kubur :D

dah dah asal malam je nak merepek
asal merepek je malam

ok aku nak cerita
pasal kejadian kehilangan minyak wangi aku
5 hari lepas

setiap kali aku pergi keja
aku akan pastikan aku pakai minyak wangi
sebab mak aku pesan.
anakku, biar mukamu tak cun macam LISA SURIHANI
tapi badanmu jangan bau bawang
heh !

so pada hari itu,
aku rasa malas nak pakai minyak wangi
sebab aku dah LAMBAT nak g keje
so aku bawak je dengan botol botol minyak wangi tuh pergi kerja

dekat tempat kerja aku ni
ade locker yang disediakan untuk pekerja
tapi aku takde loker pon
sebab aku malas nak bayar RM10, haha !

so aku tibai je loker mana yang kosong
lagipon aku tengok locker tuh
bukan AHMAD ALBAB yang punya
so macam takda sapa ,
aku pon bedal aje la
letak la beg aku dalam tuh
sekali dengan botol minyak wangi aku

oh ! dah pukul 11 malam
aku keluar kerja
pergi kat locker
cek beg .
gotcha ! "minyak wangi aku dah kene sapu "

lahanat mane pulak yang tak mampu nak beli minyak wangi ni !!!
ni yang aku marah ni
aku marah ni . .

dah la minyak wangi kesayangan aku
Paris Hilton " just me "
gggggrrrrrrrrrr !
memang pencuri tuh tak reti bahasa
dah tulis terangterang kat situ
nama minyak wangi tuh "just me"

so itu harta Aku yang punya
bukan Ahmad Albab or laki tiri nenek ko yang punya

memang aku sedih ,
5 hari aku tak pakai minyak wangi
dok tabuq bedak kat ketiaq ja nak bagi wangi

tapi tadi masa aku mai p kerja
aku bukak locker
tudia !
aku tengok minyak wangi aku dok tercagak berdiri elok dalam locker tuh

aik ! sejak bila minyak wangi aku ada kaki
aku pelik la, kenapa pencuri tuh pulangkan balik
boleh pulak main pinjam 5 hari
ingat aku buat bisnes sewa minyak wangi  ka pa?

nak kata aku buat solat hajat
takdak pulak
aku pon taktau
dia serba salah kot
baru nak belaja mencuri ler ni

apa-apa pon terima kasih kepada En Pencuri
kerana memulangkan balik minyak wangi
Paris Hilton yang aku beli kat Pasar Malam harga RM13
:DD

*SUMPAH aku tak mau bawak g tempat kerja dah








Post a Comment

Hello Readers !
Comment elokelok oke .
loveyouu !

0 1 komen kawankawan:

Post a Comment

Hello Readers !
Comment elokelok oke .
loveyouu !