Assalamualaikum
sorry tajuk aku macam biadap jugak sebab suhu badan aku sekarang mendadak naik 100% , aku agak-agak korang dah boleh masak telur separuh masak kat atas kepala aku untuk sarapan esok pagi . Aku rasa selama ni aku takde musuh ngan sape-sape . kacau anak orang pon tak , kacau laki orang pon tak , kacau anak dara orang apatah lagi . tapi tadi dok best-best main facebook, aku masuk 1 group ni yang tengah dok syok kutuk-kutuk aku untuk menambahkan dosa dan memenuhkan buku catatan meraka disebelah bahu kiri . perghhhh ! patut la aku asyik terbatuk-batuk je tadi . ingatkan sakit dada sebab bau encik bangla jiran sebelah ni masak, tapi ade orang bagi pahala percuma kat aku .
aku tak paham kenapa die tak puas hati and nak cakap aku macam tuh sekali . nak diikutkan dia lebih tua daripada aku . tapi perangai die tak menunjukkan ciri-ciri akak langsung . macam tuh ke perempuan yang aku nak hormat ?? adakah die bengang sebab dia tak hot ? die tak cantik ? die tak cun ? so, dengan mengeluarkan kata-kata biadap itu akan menampakkan dia hot and cun and semua orang akan bagi perhatian kat dia ? bagi aku la, orang macam ni adalah orang yang kekurangan kasih sayang . sebab takde sapa nak bagi perhatian kat dia, so die tarik perhatian orang dengan mengeluarkan kata-kata manismu hanya di longkang sahaja .
serius aku kesian dengan orang yang golongan macam ni . kenapa la dosa FREE yang dikejar, bukan nak menambahkan pahala . sorry to say la, aku takkan hormat dengan orang macam ni . aku takkan kurang hajar dengan orang kalau orang tuh tak kurang hajar dengan aku . perlu ke melayan orang yang bersikap kurang hajar dengan teguran yang baik and sopan ? contoh : "akak , kenapa cakap macam ni . tak baik seorang perempuan mengeluarkan kata-kata keji seperti ini . cuba cakap benda yang elok-elok ye , dimanakah sikap terpuji yang ada dalam diri seorang wanita ". perghhh ! aku dah macam pengacara program "manisnya kurma ini...."
so agak-agak korang apa die akan jawab ? adakah macam ni ? "astagfirallahalazim ! maafkan saya wahai saudari kerana berkata begitu kepada anda . saya tidak berniat untuk mengeluarkan kata-kata kesat itu , tapi lidah saya yang meronta-ronta ingin mengeluarkannya." perghhh ! lidah juga yang dipersalahkan . lidah takkan mengeluarkan kata-kata kalau tiada niat di dalam hati . so memang takde maknanya lah kan . ade gak aku pingsan kalau die cakap macam tuh . melainkan die akan balas kata-kata aku tadi seperti ini "ceyyy ! ko tak payah nak ajar aku la perempuan . tak payah nak buat perangai baik sangat lah kan ! kalau ko nak berceramah bukan kat aku tapi ko pergi kat masjid tuh hah ! kubur masing-masing . tak payah ko nak nasihatkan aku . mak bapak aku pon tak cakap apa , ko pulak nak buat perangai alim taik kucing ko . macam haram jadah je . si** tol perempuan ni ! %@#*^(!###%@^!(&*( "
so , conclusionnya ? tegur secara baik salah , tegur secara kasar pon salah . pedulikan je orang yang macam ni . tak guna nak bergaduh pon . masuk telinga kanan, keluar telinga kiri . korang tengok la sendiri kat bawah ni apa yang die kutuk-kutuk aku . nasib baik aku ni ade sikap penyabar and tahu hormat kat orang lagi berbekalkan daripada hasil didikan yang mak ayah aku bagi dari kecik . so korang judge la sendiri ayat die kat bawah ni . terima kasih and Assalamualaikum ! (:
maaf entry kali ni agak panjang daripada biasa :DD
Post a Comment
Hello Readers !
Comment elokelok oke .
loveyouu !