hurmmm tadi mood marah , tapi sekarang mood sedih . so jangan kejap lagi mood aku suka gulen-gulen pulak. ini lah manusia, mood suka berubah-rubah . tapi bukan itu yang aku nak ceritakan, aku nak cerita yang aku sedih sebab cinta aku tak kesampaian macam situasi kalau aku nak lalu lebuh raya plus , belum sampai RnR lagi aku dah accident kat tol plus tuh ha . so tak kesampaian aku nak masuk toilet yang beharga 5 kupang kat RnR tuh . ohhh ! tak semua orang tau yang status kat fb aku dah lama single, so aku memang tak berniat nak carik pengganti sebenarnya. Tapi tak ku sangka and tak ku duga, Allah memberikan hujan untuk mengeluarkan pelangi yang cantik and bewarna warni. perghhh ! ayat aku ....
datang seorang lelaki yang selama ni aku hanya anggap sebagai kawan, abang and mentor dalam dunia blogger ini supaya aku boleh jadi blogger yang berjaya seperti beliau . tapi ilmu yang diajar bukan sahaja sampai di otak, jantung, limpa dan dihati , malah telah berani mengetuk pintu rumah hatiku ini . cewahhhh ! mula-mula aku ingat aku je yang SS ( syok sendiri ) tapi rupanya dia dah lama minat kat aku sebab dia cakap muka aku ni macam ex-gf die . daripada dok chat2 dalam facebook , lepas tuh dok chat2 kat hp . biasa la anak muda zaman sekarang yang tengah dilamun cinta seperti buaya mengawan bersama cipanzi.
tapi aku tak pernah nak bagi feedback kalau die mula nak luahkan perasaan kat aku , alasannya MALU ! control ayu ma , aku kan perempuan . takkan nak buat gelojoh pulak kan . lagipun aku rasa terlalu cepat nak bagi harapan, relax dulu . slowslow usya dia punya hati . bila dia dah mula cakap "awak, saya suka awak" . jiwa aku bergetar and bergelora macam ada gegaran berkadar 2 skala Richter di situ . dalam hati aku , nak balas ke taknak ! nak balas ke taknak ! errrrrrr ..... aku pon menaip dengan kelajuan 100km/j "awak ni betulbetul la, jangan main-main" balas aku untuk cover malu . so die kata betul . aku pon saja balas "ala suka, tak bermakna cinta . suka sebagai kawan biasalah tu" balas aku ego . yess ! sebab ego ni lah aku menganga besar seperti buaya mahu menelan zirafah sekarang ni !
sebab kenapa aku cakap macam tuh ? sebab die dah dapat gf lain . wuwwuuuuuu ! cepat ramai-ramai gelakkan aku ! apakah ? kenapakah ? baru 3 hari die tanya aku , "awak betulbetul ke single ?". aku balas "kenapa tanya?". die cakap "saja je tanya". lepas tuh aku tak balas apa-apa dan selang pada itu , terus dia couple dengan perempuan lain . demmmm ! menyesal aku jawab "kenapa tanya ?", kalau aku tau nak jadi camni , aku dah call dia and cakap "yer , saya single . agak-agak bila kite boleh couple?" tapi semuanya sudah terlambat . aku hanya mampu menangis and menyesal . disebabkan aku jarang online , aku tak perasan pon yang kat wall facebook dia dah penuh mesej2 dari gf baru die . jeles ? SUMPAH tak ! but sumpah TAK tipu kalau aku tak jeles lah kan ! errrrrrrrr ....
ntah la , nak buat macam mana kan ? maybe bukan jodoh aku dengan dia . lagipun silap aku sendiri sebab ego and malu sangat nak berterus-terang . itulah masalah kaum perempuan or masalah aku sorang je yang macam tuh ? dah lama dia cakap dia suka kat aku , siap die ingat lagi tarikh dia cakap camtuh kat aku iaitu pada 12 Mei 2011 , sekarang 29 Jun 2011 . bayangkan betapa lama aku egokan diri aku untuk berterus terang . takpelah, aku just doakan die dengan gf baru die bahagia . aku just boleh pandang dari jauh, aku pon akan bahagia bila tengok dia bahagia.
korang tak payah la nak tau sapa blogger tersebut, sebab memang aku akan rahsiakan ! cuma kalau sapa yang follow aku punya entry-entry yang lepas , aku ade menceritakan pasal blog si dia yang ku anggap mentor ni . tapi aku tahu korang malas nak carik punya sebab entry aku bukannya best macam blogger hebat yang lain . macam aku semalam, sanggup baca old entry Fatin Liyana sampai ke subuh . perghhh ! keje gile . dah la aku nak sambung nangis , eh tak ! nak sambung tyto -____- sebelum tuh jom layan ayat tragis dibawah :P
"Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehingga kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna penyesalan karena perginya tanpa berkata lagi."
"Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya"
"Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterimakasih atas karunia tersebut."
Jika kita mencintai seseorang, kita akan senantiasa mendo’akannya walaupun dia tidak berada disisi kita.
Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata itu menyapa air mata yg satu lagi,"Saya air mata seorang gadis yang menyayangi seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?". Jawab titis air mata kedua tu,"Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yg menyayangi saya berlalu begitu sahaja."
terima kasih sebab sudi baca . sila menjerit di telinga saya "padan muka kau ungu violet !"
errrr berani la jerit camtuh kat aku, aku seligi kepala sorang-sorang kangg !!! :DD
oklah babai !
errrr berani la jerit camtuh kat aku, aku seligi kepala sorang-sorang kangg !!! :DD
oklah babai !
Post a Comment
Hello Readers !
Comment elokelok oke .
loveyouu !